Monday, October 16, 2017

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Cameron Highland lagi. Kali ni cik wanie pergi naik motor. Anak-anak tak nak ikut,  siap ckp dengan mami dia "mami pergilah, kalau ke Sunway Lagoon atau ke Legoland bella dgn abg naik ikut" cuti sekolah nanti lah itupun Sunway Lagoon. Kalau Legoland cik wanie kena menabung dulu....hehehe



Plan ke sana pun memang nak naik sekejap je. Beli barang, ikut yang cik wanie dah masuk dalam list, singgah sekejap utk bergambar pastu pulang. Tak syok kalau berjalan tak bawa anak-anak. Asyik teringat kat dorang. Itu yang fikir nak cepat balik je.


Semalam masa pergi jalan jem sesangat mugkin cuti sekolah selama seminggu sempena cuti perayaan Deepavali dah bermula. Ramai agaknya naik bercuti ke Cameron Highland. Tengok pun tak sanggup, bergerak pun perlahan. Apa tah lagi dorang yang nak kena hadap  jem tu.


Syok cik wanie menggunakan motorsikal pergi beli barang dekat Cameron Highland kali ni, cepatlah sampai ke tempat tujuan . Cuma yang tak bagus bila nak beli banyak barang susah sikit. Beli pun benda yang cik wanie rasa berbaloiii.




Tempat tujuan utama terus ke Big Red Strawberry nak breakfast dulu. Selalunya singgah RnR Tapah. Nak cepat pergi dan balik  kami buat keputusan makan kat atas. Ini yang kami order.





Strawberry Sundae RM 7.90. Ice cream with strawberry..... adalah sebatang keropok panjang. Memang sedap!









Mix Salad! kesukaan cik wanie sebabnya cik wanie lebih kepada vegie n fruits...bayar dan isi sendiri. 




Nie waffle ice cream. Hari tu tak dapat nak rasa kali ni cik wanie order.








Cik wanie ngidam scones hahaha... Order lah jugak.



Orang yang selalu tolong habiskan makanan cik wanie. Isteri teringin makan itu ini, tapi nak jaga badan. Makan sikit-sikit  je lah......hehehe











Gebu gebas salad kat sini. 







Lepas sarapan dekat Big Red Strawberry Farm, Cik wanie singgah sekejap dekat Tea Boh Plantation Sungai Palas. Kat sini cik wanie singgah jap nak bergambar. Bulan 8 hari tue pergi reramai tak dan nak bergambar dekat pokok teh. 







Tenang bila tengok pokok tea yang menghijau.




Sebelum sampai kat 200 Seeds Cafe nak beli sambal strawberi Abang Strawberry, cik wanie ada singgah pasar Kea Farm. Singgah beli buah strawberry murah-murah dan besar dekat Kea Farm, jagung, sayur, keledek pun murah-murah tapi kena beringat datang naik motor bukan kereta. Tak dan nak snap gambar pasar. Singgah tepi jalan, tak masuk kat dalam pun. Cik wanie beli dua botol yang Extra Hot, yang biasa dah habis.









Pokok strawberry dekat 200 Seeds Cafe. Cik wanie tak plucking pun. Hanya beri sentuhan kasih sayang.





Masih di Kg Taman Sedia, cik wani punya plan nak makan tengah hari kat KHM Strawberry Farm nie, sebabnya dlm list cik wanie nak tapaw Scones kat sini. Scones kat KHM ni sedap sangat dan murah! Tapi tak jadi nak lunch , nasi lemak dah habis....makanan lain ada cuma semuanya agak manis. Kami hanya beli ice cream batang dan ice cream cup sementara menunggu scones yang kami order utk take away.







Scones cik wanie dah siap,  decided terus balik tapi suami cik wanie pusing- pusing dekat Kg Taman Sedia ni. Banyak juga ladang strawberry yang di uruskan oleh orang melayu kat sini 







Strawberry cicah choc, beli untuk anak cik wanie.....kesukaan dorang. Penyek buah strawberry cik wanie. Itulah kalo naik motor, beli pastu letak pulak dekat bag sandang. Terima je lah...hahaha













Ni lah scones yang cik wanie tapaw dekat KHM strawberry Farm. Cik wanie bawak pergi office ni hah. Cik wanie tapaw 4 ketul. Ala carte satu ketul RM 3.50. Kalau set....dengan air tea 1 teko untuk 2 cup   RM 17.50. Cik wanie naik motor tak lah gigih cik wanie nak tapaw sekali dengan air kannn. 




Sedappp! strawberry cicah dgn chocolate kat office. Hilang stress! kalau selalu tidak lah, kang hilang stress datang diabetis pulak dahhh



Serba sedikit tentang perjalan cik wanie naik ke Cameron Highland semalam. Cik wanie gerak 7.30 pagi dari Sungai Buloh dan sampai Sungai Buloh dalam 5.30 petang.  Korang yang nak naik Cameron Highland  lepas nie gerak awal pagi untuk elak terperangkap lebih lama dalam  jem..... pastu rancang perjalanan taw.








Thursday, October 12, 2017

COMBO ESP + Sustained Release VITA-C + Vitamin E

Assalamualaikum korang! All time favorite product from Shaklee is ESP Shaklee, best seller nie. Now is on sale! 


Semua pakat teruja terutama sekali cik wanie. Disebabkan ESP tengah promo, so set ni automatik menjadi murah. meh lar grab sekarang. Set combo pilihan ramai yang nak cantik meh lekaihh grab.



COMBO tiga supplements ni utk dapatkan kulit lembap dan cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Wani memang suka combo nie sebabnya kulit wani jenis kering bila guna tiga suplemen ni mmg syokkk sangat. 










Meh cik wanie share sikit kebaikkan combo nie!

Energizing Soy Protein (ESP) : 


🌸Sangat penting untuk membentuk sel protein badan. 

🌸 Berperanan mempercepatkan proses pemulihan lapisan kulit dan mencerahkan kulit. 
🌸 Menggantikan sel-sel yang rosak 
🌸 Mengecilkan pori-pori muka. 
🌸 Menjadikan kulit lebih gebu . 


VITAMIN C : 


🌸 Menjadikan tona kulit sekata. 

🌸 Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas 
🌸 Mengurangkan masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. 
🌸 Membaiki kulit yang rosak. 
🌸 Antara bahan utama dalam sintesis kolagen semulajadi tubuh. 
🌸 Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab. 
🌸 Melindungi daripada selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh . 


VITAMIN E:  

🌸Vitamin penting utk melembapkan dan mencantikan kulit 🌸Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksidan bagi menyerikan wajah kusam 
🌸Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit 
🌸Membantu penyerapan oksigen yang lebih baik 
🌸Mempercepatkan proses pemulihan kulit yang berparut, bagus utk mereka yg mengalami kulit kering 
🌸Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit . 
🌸Berupaya mengurangkan kesan jeragat, memudarkan parut dan mengecilkan pori-pori kulit . 
🌸kulit semakin awet muda . 





Selain 3 suplemen ni, ada extra budget korang amiklah B-Complex. Vitamin murah pilihan pelajar. Stress salah satu penyumbang kpd kemerosotan kolagen dlm tubuh. B-complex Bagus utk.... . .







🌸Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat 
🌸kekurangan vitamin B boleh menyebab kulit wajah kusam 🌸Bagus utk kulit berminyak, whitehead, blackhead, parut dan kulit kering .



Ada sape yang berkenan? korang! meh lekaihhh order, nak cantik tak moh lah tangguh-tangguh. 


DM./ WA 📲018-374 9541 . . 

#ShakleebyWanieThadir 

Wednesday, October 11, 2017

Tempat wajib singgah dekat Cameron Highland Big Red Strawberry Farm

Walaupun dah dua bulan balik bercuti dari Cameron Highland, cik wanie still teringat tempat ni sebab  nya "makanan sedap-sedap semuanya'....hahahah hantu makan sungguh. Cuma cik wanie tak berkenan jalan nak ke sini, tempat agak tersorok, nak naik ke atas sungguh lah risau, tinggi! Bila nak turun pun dah tentu risau lagi agak seram. Hati-hati taw korang bila drive ke sini.


Nak bagi tips, bila makan kat sini, korang standby lah bawa pen dan kertas sendiri. Tulis siap-siap nak order apa. tapi pastikan korang tulis nombor dan tak yah ngada-ngada nak tulis panjang nama menu tue. Tak layan dek hakak cashier tue!!! Bila  kat cashier sebut nombor dan beritahu nak berapa. Sebab cik wanie sebut nama menu, bila nak beratur amik makanan baru tersedar.....cik wanie teringin nak waffel, tak masuk dalam receipt. Dah lah penat beratur panjang, tak lalu cik wanie nak beraturrr lagi.


Makanan kat sini bila tgk sume cik wanie nak try....terukkk nar perangai kann kann. Apa  nak di risaukan dah jalan jauh-jauh makan sahaja. lepas tue telan jew omega guard dan herblax.





Nie pilihan cik wanie  mix salad, french fries, Tea & scones, strawberry sundae, strawberry cheese cake dan strawberry jelly ice cream.



Anak-anak cik wanie memang suka lah tempat gini. Ada machine permainan hilanglah kebosanan  dia. Sambil bagi dorang makan sambil bagi fun dgn permainan yang ada kat situ dan yang penting lepas tue dorang dengar cakap cik wanie. Senang mami nak menghayati apa yang ada dekat Big red strawberry farm nie.






















































Kalau nak bercuti ke Cameron pastikan singgah kat sini taww korang.


Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Camero...

dorang rasa menarik