Monday, October 16, 2017

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Cameron Highland lagi. Kali ni cik wanie pergi naik motor. Anak-anak tak nak ikut,  siap ckp dengan mami dia "mami pergilah, kalau ke Sunway Lagoon atau ke Legoland bella dgn abg naik ikut" cuti sekolah nanti lah itupun Sunway Lagoon. Kalau Legoland cik wanie kena menabung dulu....hehehe



Plan ke sana pun memang nak naik sekejap je. Beli barang, ikut yang cik wanie dah masuk dalam list, singgah sekejap utk bergambar pastu pulang. Tak syok kalau berjalan tak bawa anak-anak. Asyik teringat kat dorang. Itu yang fikir nak cepat balik je.


Semalam masa pergi jalan jem sesangat mugkin cuti sekolah selama seminggu sempena cuti perayaan Deepavali dah bermula. Ramai agaknya naik bercuti ke Cameron Highland. Tengok pun tak sanggup, bergerak pun perlahan. Apa tah lagi dorang yang nak kena hadap  jem tu.


Syok cik wanie menggunakan motorsikal pergi beli barang dekat Cameron Highland kali ni, cepatlah sampai ke tempat tujuan . Cuma yang tak bagus bila nak beli banyak barang susah sikit. Beli pun benda yang cik wanie rasa berbaloiii.




Tempat tujuan utama terus ke Big Red Strawberry nak breakfast dulu. Selalunya singgah RnR Tapah. Nak cepat pergi dan balik  kami buat keputusan makan kat atas. Ini yang kami order.





Strawberry Sundae RM 7.90. Ice cream with strawberry..... adalah sebatang keropok panjang. Memang sedap!









Mix Salad! kesukaan cik wanie sebabnya cik wanie lebih kepada vegie n fruits...bayar dan isi sendiri. 




Nie waffle ice cream. Hari tu tak dapat nak rasa kali ni cik wanie order.








Cik wanie ngidam scones hahaha... Order lah jugak.



Orang yang selalu tolong habiskan makanan cik wanie. Isteri teringin makan itu ini, tapi nak jaga badan. Makan sikit-sikit  je lah......hehehe











Gebu gebas salad kat sini. 







Lepas sarapan dekat Big Red Strawberry Farm, Cik wanie singgah sekejap dekat Tea Boh Plantation Sungai Palas. Kat sini cik wanie singgah jap nak bergambar. Bulan 8 hari tue pergi reramai tak dan nak bergambar dekat pokok teh. 







Tenang bila tengok pokok tea yang menghijau.




Sebelum sampai kat 200 Seeds Cafe nak beli sambal strawberi Abang Strawberry, cik wanie ada singgah pasar Kea Farm. Singgah beli buah strawberry murah-murah dan besar dekat Kea Farm, jagung, sayur, keledek pun murah-murah tapi kena beringat datang naik motor bukan kereta. Tak dan nak snap gambar pasar. Singgah tepi jalan, tak masuk kat dalam pun. Cik wanie beli dua botol yang Extra Hot, yang biasa dah habis.









Pokok strawberry dekat 200 Seeds Cafe. Cik wanie tak plucking pun. Hanya beri sentuhan kasih sayang.





Masih di Kg Taman Sedia, cik wani punya plan nak makan tengah hari kat KHM Strawberry Farm nie, sebabnya dlm list cik wanie nak tapaw Scones kat sini. Scones kat KHM ni sedap sangat dan murah! Tapi tak jadi nak lunch , nasi lemak dah habis....makanan lain ada cuma semuanya agak manis. Kami hanya beli ice cream batang dan ice cream cup sementara menunggu scones yang kami order utk take away.







Scones cik wanie dah siap,  decided terus balik tapi suami cik wanie pusing- pusing dekat Kg Taman Sedia ni. Banyak juga ladang strawberry yang di uruskan oleh orang melayu kat sini 







Strawberry cicah choc, beli untuk anak cik wanie.....kesukaan dorang. Penyek buah strawberry cik wanie. Itulah kalo naik motor, beli pastu letak pulak dekat bag sandang. Terima je lah...hahaha













Ni lah scones yang cik wanie tapaw dekat KHM strawberry Farm. Cik wanie bawak pergi office ni hah. Cik wanie tapaw 4 ketul. Ala carte satu ketul RM 3.50. Kalau set....dengan air tea 1 teko untuk 2 cup   RM 17.50. Cik wanie naik motor tak lah gigih cik wanie nak tapaw sekali dengan air kannn. 




Sedappp! strawberry cicah dgn chocolate kat office. Hilang stress! kalau selalu tidak lah, kang hilang stress datang diabetis pulak dahhh



Serba sedikit tentang perjalan cik wanie naik ke Cameron Highland semalam. Cik wanie gerak 7.30 pagi dari Sungai Buloh dan sampai Sungai Buloh dalam 5.30 petang.  Korang yang nak naik Cameron Highland  lepas nie gerak awal pagi untuk elak terperangkap lebih lama dalam  jem..... pastu rancang perjalanan taw.








No comments:

Post a Comment

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Camero...

dorang rasa menarik