Wednesday, October 11, 2017

Tempat wajib singgah dekat Cameron Highland Big Red Strawberry Farm

Walaupun dah dua bulan balik bercuti dari Cameron Highland, cik wanie still teringat tempat ni sebab  nya "makanan sedap-sedap semuanya'....hahahah hantu makan sungguh. Cuma cik wanie tak berkenan jalan nak ke sini, tempat agak tersorok, nak naik ke atas sungguh lah risau, tinggi! Bila nak turun pun dah tentu risau lagi agak seram. Hati-hati taw korang bila drive ke sini.


Nak bagi tips, bila makan kat sini, korang standby lah bawa pen dan kertas sendiri. Tulis siap-siap nak order apa. tapi pastikan korang tulis nombor dan tak yah ngada-ngada nak tulis panjang nama menu tue. Tak layan dek hakak cashier tue!!! Bila  kat cashier sebut nombor dan beritahu nak berapa. Sebab cik wanie sebut nama menu, bila nak beratur amik makanan baru tersedar.....cik wanie teringin nak waffel, tak masuk dalam receipt. Dah lah penat beratur panjang, tak lalu cik wanie nak beraturrr lagi.


Makanan kat sini bila tgk sume cik wanie nak try....terukkk nar perangai kann kann. Apa  nak di risaukan dah jalan jauh-jauh makan sahaja. lepas tue telan jew omega guard dan herblax.





Nie pilihan cik wanie  mix salad, french fries, Tea & scones, strawberry sundae, strawberry cheese cake dan strawberry jelly ice cream.



Anak-anak cik wanie memang suka lah tempat gini. Ada machine permainan hilanglah kebosanan  dia. Sambil bagi dorang makan sambil bagi fun dgn permainan yang ada kat situ dan yang penting lepas tue dorang dengar cakap cik wanie. Senang mami nak menghayati apa yang ada dekat Big red strawberry farm nie.






















































Kalau nak bercuti ke Cameron pastikan singgah kat sini taww korang.


No comments:

Post a Comment

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Camero...

dorang rasa menarik