Tuesday, September 12, 2017

Jalan jalan ke Lavender Garden

Lepas ke Tea Boh Sungei Palas terus cik wanie ke Lavendar Garden. Ni tempat kedua cik wanie singgah selepas Tea Boh Sungei Palas. Cik wanie memang dah atur siap-siap. Tempat yang ramai orang memang perlu pergi pagi-pagi. Usaha dalam mengelak jem. 



Sebelum datang cik wanie dah google bayaran masuk. Untuk dewasa rm 8.00 dan kanak-kanak rm 5.00.  Sampai cik wanie kat sana nak beli tiket...tengok harga tiket dah naik. dewasa rm10.00 manakala kanak-kanak rm7.00.


Dah sampai tak kan tak nak masuk. Bayar saje....cipta memori dengan family lagi penting kann. 



baru je masuk budak-budak dah stop depan kedai ice cream. Cik wanie tak beli pun....habiskan pusing-pusing dulu.










 Cik wanie dah tak menyabar nak tangkap gambar ber background kan bunga



Nie adik cik wanie. Belakang cik wanie nun hujung sana terletak pintu masuk dan pintu keluar lavender garden. Masih di bahagian bawah. 





Adik...anak...anak buah. Menunggu nenek keluar tandas.




Suasana kat atas memang banyak pokok bunga, ramai orang...tempat memang cantik. tapi cik wanie tak habis ronda. faktor bawa budak-budak. kena lihat dorang lebih dari lihat bunga. kakak, mak dan adik cik wanie masing-masing bawa  diri mereka......syok sangat tengok bunga. perempuan dengan bunga tak dapat nak di pisahkan....rasa tenang jer....mood cik wanie pun berbunga-bunga.




anak-anak cik wanie. Time nie dalam pukul 11  kat lavender. panas juga cuaca hari tue.....haaah yang ni kami dah naik ke bahagian atas.
"cameron highland tak lah sesejuk mana waktu siang"





Mak request nak bergambar kat sini. Yang lain bukan main pose !




kami anak beranak rehat dan berteduh....sebab panas. Bella pun dah tunjuk  tanda-tanda ada yang tak kena.




Nak ice cream ni rupanya. tengok muka hepi, dapat apa yang dia nak. Cik wanie tak try pun ice cream lavender yang terkenal dekat sini....tunggu next time cik wanie repeat dtg sini balik.





Menunggu dekat buai. Sementara menunggu yang lain. 



Cik wanie suka tengok bunga-bunga kat lavender garden ni...tapi apa kan daya kesayangan cik wanie ada ragam sikit. Tak dapat nak ambil picture banyak-banyak. Adik beradik cik wanie yang lain bukan main puas bergambar. Lavender garden kita jumpa lagi next time. 




No comments:

Post a Comment

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Camero...

dorang rasa menarik