Sunday, September 10, 2017

Bercuti di Cameron Highland August 2017

Hari tu pergi  naik Cameron dengan family sekali dengan adik beradik. Masing-masing dah lama tak berjalan bersama. Nak bercuti kena tengok yang lain-lain jugak....kakak sulong cikgu, cuti pun kena ikut cuti sekolah....kami pergi time cuti sekolah "mental pun dah sedia dengan jalan jem' 



Macam biasa  selalu yang buat perancangan mestilah cik wanie. Segala perancangan ke tempat-tempat menarik di Cameron semua cik wanie dah siap-siap kumpulkan info. 


Pergi pun tak ada lah lama mana pun, setakat 2 hari 1 malam. Perancangan itu penting.



Dah rancang keluar pagi-pagi lagi....dalam pukul 4 pagi cik wanie gerak dah dari Sungai Buloh, singgah solat subuh dulu kat rnr Tapah....pastu sambung perjalanan pkl 6.45 pagi sebabnya nak sampai  ladang Tea Boh Sungai Palas waktu pagi. Tak nak lah sangkut-sangkut jem kat sana.... sebabnya jalan nak ke tea boh tue sempit. Perancangan nak sampai pukul 8.30 pagi.... di sebabkan abah dan anak buah dah muntah bagai, kena singgah tandas dulu. Sampai di ladang tea boh dalam pukul 9.15 pagi. 



Parking kat ladang tea boh  ni di bawah, nak kena jalan guna tangga sampai ke atas....bayangkan lah kalo sampai tengah hari "percuma tan kan kulit korang"



Kakak cik wanie belakang tue....time ni baru sampai. Kami dah bersedia nak panjat tangga belakang tue !!!






 tengok anak-anak cik wanie laju je nak ke atas😃







Suami cik wanie dah ke depan dengan bella. Payah mommy bella nak romantik dengan papa







Pose dulu....tengah tak ramai orang. 







Haaaahhh nampak tak kat atas tue. Jauh lagi nak sampai....kakak cik wanie dah penat. Cik wanie masih bertenaga lagi, apa lagi tangkap gambar. Tenang tengok keliling menghijau.








yaayyy sampai dah !!! bergambar dulu. Ada yang tak ada dalam nie....abah  cik wanie dgn suami adik  tak nak naik sebab teman abah dah pening-pening. Suami cik wanie entah hilang ke mana😐




Pose tak ready



naik cameron pun sebab cik wanie nak makan scones sangat-sangat....mestilah  ada order scones. Pekena pulak dengan tea tarik...nyumm😅 






rupanya Daniel pun suka scones. cukuplah beli dua ketul. lepas ni nak try scones tempat lain pula. Bolehlah cuba rasa yang mana paling sedap ikut tekak cik wanie lah. Scones kat sini cik wanie suka je....kena pulak dengan view yang cantik. kalau dapat duduk santai lama sikit baru rasa relax nak menikmati makanan kat cafe ni.







bella ni bila ada makcik-makcik dia....memang tidaklah nak melekap dtk mommy dia.











Tuediaaaaa !!! anak-anak bagi chance dkt mommy dan papa tapi papa sibuk tgk phone....ermmm











Sebab lain cik wanie pilih ladang Teh Boh Sungei Palas sebenarnya nak turun dekat ladang teh. nak tangkap gambar ber background kan pokok teh. haaaiihh melepas jugak. Ada je pokok teh cantik masa nak keluar dari ladang teh ni. Tak dapat nak singgah. nie jew yang ada....Tengok ! background ladang teh yg setompok ada setompok tak ada yang belakang  cik wanie tue . Bolehlah😁






pose dulu sebelum turun.....asal ada korang semua dlm nie dah cukup. 




jom ke Lavender Garden pulak





nampak tak kawasan lapang depan tue....hokeyy dah nak sampai kat tempat parking kereta





Kami dah sampai kat bawah. Sebelum balik ambil lah gambar buat kenang-kenangan.



Mommy dengan anak perangai sama naik...hehehe





boleh lah kat sini pun kira jadi....bawak budak-budak kecik nie, nak fefeling nak pose kat pokok teh pun tak dapat.



Dorang tengok cik wanie pose kat sini. Semua sibuk nak jugak





Cik wanie kena repeat datang tea boh nie lagi. Ladang teh ni memang cantik. lepas nie kalau datang nak duduk santai-santai lebih lama sikit menikmati view dengan makanan yang ada dekat cafe ni. 


kami nak pergi banyak tempat lagi.....kalau tengah hari selalu jem kawasan brinchang. tempat kedua cik wanie nak ke Lavender Garden. let's kita....














No comments:

Post a Comment

Naik Cameron Highland kali ini dengan motorbike

Disebabkan cik wanie nak beli buah strawberry, nak makan scones dan sambal ikan masin Abang Strawberry maka rajin lah cik wanie naik Camero...

dorang rasa menarik